Thursday, January 8, 2009

JAWABAN

Kata JAWABAN betul

Sempena tahun baharu 2009 ini, pihak DBP telah mengemaskinikan kamus elektroniknya dengan memasukkan Kamus Dewan Edisi Keempat. Usaha ini akan memudahkan semua pengguna bahasa untuk membuat rujukan. Usaha ini juga merupakan satu daripada usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu ke seantero dunia. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada DBP.

Contoh:Kata: Jawaban

Takrif: jawapan 1. jawab, balas(an): sebahagian drpd ~nya dapat kamu teka; 2. sesuatu yg dituliskan sbg penyelesaian atau keputusan terhadap sesuatu soalan atau masalah (terutamanya dlm ujian bertulis): sila berikan ~ yg tepat kpd soalan-soalan yg berikut;

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
Drpd blog Cikgu Ghalib

1 comment:

Cikgu Metal said...

Saya tertarik dengan komen saudara berkenaan kata “jawaban”. Tetapi saya tetap berpegang kepada pendapat yang mengatakan “jawaban” itu salah, dan saya mempunyai alasan yang sangat konkrit dan boleh diterangkan secara jelas untuk membuktikan pegangan saya tersebut. Buat permulaan, cubalah saudara belek-belek prakata yang terdapat dalam Kamus Dewan, insyaAllah saudara akan menemui alasan untuk membuktikan yang kata “jawaban” adalah salah.

Cikgu Zamani
zamaniishak@gmail.com