Sunday, June 21, 2009

Kepentingan Teknologi Maklumat

Tajuk: Bincangkan kepentingan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) terhadap pembangunan negara.

Pengenalan:
Projek Koridor Raya Multimedia (MSC) merupakan pelan jangka panjang yang mampu mengubah landskap Teknologi maklumat dan Komunikasi (TMK) negara. TMK berupaya menjana pembangunan dan kemajuan sesebuah negara.

A. Kepentingan TMK1.
Memantapkan pentadbiran negaraKerajaan Elektronik - sistem pentadbiran kerajaan akan menggunakan TMK sepenuhnya. Segala data didokumentasikan untuk membolehkan pemprosesan data lebih pantas, cekap dan efisien.

2. Meramal fenomena dan kejadian alam ( remote sensing )
Kemajuan TMK melibatkan penggunaan satelit. Satelit berupaya meramal fenomena alam dan cuaca dunia. Cth: mengesan bencana alam seperti tsunami pada hari muka. Teknologi ini juga penting dalam bidang pelayaran. Memberikan panduan kepada pengguna laluan laut.

3. Melahirkan masyarakat saintifik
Kewujudan sistem sekolah bestari mampu melahirkan masyarakat saintifik dan berinovatif. Para pelajar menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat dari seluruh dunia. Tamsilannya, pelajar boleh mendapatkan nota-nota yang berkaitan dengan akademik daripada blog-blog yang berkaitan.

4. Hubungan antarabangsa
Penggunaan alat komunikasi seperti telefon, faksimili, internet dan persidangan video .
Berita mutakhi, tepat dari luar negara diperoleh dengan mudah dan cepat melalui rakaman dan siaran langsung .Hal ini akan merapatkan hubungan antara masyarakat dari negara-negara lain.

5. Meningkatkan tahap kesihatan
Kewujudan teleperubatan membantu para doktor tempatan untuk bertukar-tukar fikiran dengan doktor pakar dari negara luar. Penemuan ubatan dan teknologi perubatan yang terkini dapat disebarkan dengan pantas. Kaedah penjagaan kesihatan secara talian.

6. Penyelidikan dan pembangunan ( R & D )
Rakyat tempatan boleh mempelajari dan memiliki teknologi canggih dari negara luar. Globalisasi mampu meningkatkan persaingan. Bagi mengatasinya, rakyat perlu meningkatkan kualiti produk menerusi R&D.

7. Meningkatkan ekonomi negaraPerdagangan antarabangsa dapat dijalankan secara talian dan meningkatkan pengeluaran dan pemasaran produk tempatan lebih luas . Meningkatkan aliran masuk mata wang asing dan merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Penutup
Sebagai intiha, TMK sememangnya penting dalam memajukan sesebuah negara. Namun, penyalahgunaannya akan memudaratkan masyarakat dan negara.

Sumber: teluguyuva.net

Pesanan Cikgu Jeffri
Kepada pelajar yang ingin menghantar karangan kepada cikgu untuk disemak, pilih mana-mana 5 isi sudah memadai. Buat 7 perenggan- 1 perengggan pendahuluan, 5 isi, dan 1 perenggan penutup. Hantar ke jeff882@gmail.com

3 comments:

XCB said...

hai cikgu,
saya nak tanya..
untuk ringkasan PMR...cikgu sekolah menyuruh hanya tulis 5 isi saja dan tidak boleh lebih daripada itu..betul ke??
pada pandangan saya, sebanyak mungkin lagi bagus kerana mungkin ada isi yang ditulis salah.
satu lagi masalah ialah cikgu sekolah melarang daripada mengabungkan 2 isi dengan mengunakan kata hubung...seperti isi 1 ...dan isi 2...
???

Chiao Shing said...

ya..cikgu..seperti yang di atas..saya juga ada pertanyaan macam itu.cikgu tuisyen saya mengizinkan kami mennggabungkan 2 isi dalam 1 ayat.tetapi,cikgu di sekolah saya pula tidak membenarkan.dia mengatakan itu adalah salah.

Chiao Shing said...
This comment has been removed by the author.