Hakisan Tanah : Faktor Manusia & Semulajadi
JAFIRA DALINA BT JABRI
SMK Agama Sibu
Bencana hakisan merupakan satu fenomena yang serius seperti kejadian tanah runtuh di Kampung Pos Dipang, Kampar, Perak pada 1996 dan hakisan yang berlaku di Sungai Kayu Ara, memerlukan satu pendekatan yang dinamik dan menyeluruh. Fenomena ini merupakan rentetan daripada kegagalan pelbagai tindak balas alam secara semulajadi dan juga kegiatan manusia. Kaedah pengawalan serta penyelenggaraan dan juga aspek pengurusan yang kurang mengambil berat tentang risiko jangka masa panjang mengakibatkan pelbagai kejadian runtuhan cerun berlaku di merata-rata tempat di dunia.
Hakisan dan gelongsoran tanah berlaku akibat daripada berlakunya fenomena ini,ikatan tanih maejadi longgar dan menggelongsor ke bawah.Struktur tanah menjadi berubah dan membentik permukaan baru akibat faktor mampatan dan rengangan oleh gerakan gempa bumi.Hasilnya akan berlaku masalah runtuhan dan hakisan bagi kawasan terbabit.
Kajian mengenai hakisan dan runtuhan tanah perlulah dilihat dari sudut kepentingan keseimbangan ekologi dan ekosistem alam serta kepentingan kepada manusia. Manusia perlu mengambil inisiatif dalam pengurusan cerun yang sistematik dan terperinci agar kemusnahan alam semula jadi lebih terkawal. Perkara tersebut juga menentukan keselamatan sejagat bagi mengelakan kehilangan jiwa, harta, benda, serta kemudahan awam.
Pencemaran Udara : Manusia Menjadi Penyebab
Oleh Mohd Asri Bin Morni
SMK Agama Sibu
Pencemaran udara dikaitkan dengan bahan-bahan sintetik dan lain-lain kotoran berbahaya yang meresap dan menjadi sebahagian daripada udara disekeliling kita.Terdapat banyak punca yang menyebabkan kualiti udara kita menurun yang disebabkan oleh manusia itu sendiri.
Perbakaran hutan secara terbuka dan besar-besaran juga antara salah satu factor kepada pencemaran udara.Pembakaran hutan yang berlaku di Indonesia menyebabkan udara di negara kita juga tercemar.Sikap tidak bermoral ini secara tidak langsung membawa kesusahan kepada orang lain apabila gas karbon monoksia terbebas ke udara hasil kegiatan pembakaran terbuka ini. Contohnya berlaku jerebu. Justeru itu, kesedaran terhadap penjagaan persekitaran perlulah ada dalam diri seseorang agar masalah ini dapat dikurangkan.
Pembalakan haram yang dilakukan oleh manusia secara tidak langsung juga menjadi faktor kepada udara disekeliling kita tercemar. Kekurangan pokok-pokok menyebabkan kandungan oksigen udara kita semakin merosot. Apatah lagi apabila pencemaran udara berlaku.Tumbuhan hijau,seperti pokok-pokok terutamanya menjadi sumber utama kepada udara yang berkualiti.Jika pembalakan haram ini terus berleluasa,sumber kepada udara bersih kita juga akan berkurangan.
Tuntasnya, aktiviti seperti ini perlu dihentikan demi untuk menjaga persekitaran kita.
Pencemaran udara juga berpunca daripada penggunaan bahan-bahan beracun dalam kehidupan seharian manusia, sebagai contoh, penggunaan racun penyembur rumput, racun pembunuh nyamuk dan sebagainya boleh menjejaskan kualiti udara kita jika digunakan secara berlebihan.Kandungan bahan beracun seperti rodentisid, insektisid dan naftalin ini boleh mencemarkan udara apabila terbebas ke udara semasa manusia menggunakannya. Jelas bahawa manusia boleh menjadi agen utama pencemaran udara.
Tuntasnya, penggunaan bahan-bahan seperti ini perlu dikurangkan untuk menjamin kualiti udara yang bersih. Pencemaran udara yang disebabkan oleh manusia akan membahayakan nyawa manusia itu sendiri.Oleh itu,semua pihak haruslah bekerjasama dalam mengatasi masalah pencemaran udara ini agar kehidupan seharian kita akan lebih sihat dan bersih.
sumber: blog Cikgusue
No comments:
Post a Comment